Sudah mendaftar akaun shopee? Dah ada kedai di shopee? Tapi, masih tak tahu nak jual apa di shopee? Sampai laa ni still tadak idea nak jual apa di shopee? Aku kongsikan sedikit cadangan untuk korang fikirkan. Mungkin membantu korang untuk menjual di shopee. Pemilihan barang untuk dijual di shopee perlu berasaskan keperluan dan kemahuan. Juga apa yang popular mengikut waktu semasa..
Isi Kandungan
Pilih barang yang tidak berkulat dan tidak basah
Apa benda tak berulat dan bukan barangan basah? Seperti alat solek dan fabrik. Barang paling laris dijual di shopee dalam kategori ini ialah baju tido, tudung dan lain-lain. Sebenarnya soalan nak jual apa di shopee ini tak patut ditanya. Mengapa? Kerana apa sahaja korang jual, memang ada hasilnya. Senang macam ni la, aku senaraikan apa yang nak jual di shopee. Okey? Salah satu daripadanya mesti korang akan tertambat hati untuk jual di shopee.
Cadangan barangan yang boleh dijual di kedai shopee
1) tudung
2) pakaian budak dan bayi
3) barang permainan
4) baju kostum
5) baju tido
6) minyak wangi
7) beg tangan
8) alat solek, skincare
9) barangan dapur dan barangan rumah
10) barang keperluan seperti makanan segera dan makanan yang kering
11) alat tulis, beg sekolah
12) bantal, sarung bantal,cadar
13) barangan elektrik
14) lampu led, kipas bateri
15) buku-buku cerita dan buku nota
16) sabun, sabun baju
17) alat ganti motorsikal
18) alat ganti kereta
19) topi, telekung, pelitup muka, pensanitasi tangan
20) hantaran majlis perkahwinan
Selain itu, yang barangan lebih mendapat sambutan tinggi aku senaraikan di bawah.
Barang yang mendapat sambutan tinggi di shopee
Antaranya;
1) aksesori wanita dan kanak-kanak
2) set dalam pantang dan set mandian bayi
3) bingkai gambar dan cuci gambar pelbagai saiz
4) coklat atau chocojar
5) cases telefon atau aksesori telefon bimbit
6) palazo wanita
7) beg tote
8) tabung bateri (powerbank)
9) makanan segera ramen/sos korea
10) earphone/headphone
Semua ini menjawab soalan nak jual apa di shopee
Pelbagai barang boleh dijual di shopee. Sebenarnya apa jua korang jual akan dapat sambutan. Cuma lambat atau cepat. Bergantung kepada rezeki masing-masing. Janji mengikut peredaran masa.
Jumlah pelawat di shopee lebih 200 juta setiap hari. Jadi, korang rasa perlu bimbang lagi ke? Yang perlu korang lakukan ialah bersungguh-sungguh dalam satu-satu perniagaan.
Banyak lagi barang yang korang boleh jual di shopee yang tak dapat aku senaraikan. Harap ini membantu korang. Korang nak jual apa di shopee? Fikir macam ni – apa yang korang inginkan sebagai pembeli.
Pada Pandangan akulah kan, yg tak seberapa ni. Sebagai penjual yang sudah ‘agak’ lama la juga. Haha.. Aku cadangkan korang jual barang yang mempunyai permintaan ramai. Barang yang kering dan barang yg tidak ada tarikh luput.
Namun, jika korang nak jual makanan atau barangan yang ada tarikh luput. Pun takda masalah juga. Cuma.. Pastikan korang rajin mengiklankan produk la. Terutamanya di medsos.
Korang bayangkan sesuatu produk di tv. Sudah popular pun masih beriklan. Apalagi kita yang baru hendak memulakan langkah dalam dunia perniagaan. Kini, pasti korang dah tahu nak jual apa di shopee. Seterusnya, aku jelaskan sikit apa yang perlu korang teliti sebelum memulakan bisnes di Shopee.
Tips nak jual apa di shopee
Berikut diperturunkan 10 tips terbaik sekiranya korang baru nak memulakan bisnes shopee…
1) tidak mengeluarkan modal yang banyak
Korang boleh memilih untuk mengeluarkan modal yang sedikit. Jangan terlalu banyak ambik stok kerana perniagaan baru dimulakan.
2) tiada kerugian besar jika lambat dijual
Ini seperti kain, permainan, aksesori dan bukan makanan mentah yang berisiko rosak. Ini kerana untuk memulakan perniagaan, kita mesti tahu apa yang pembeli inginkan
3) barangan permintaan tinggi
Permintaan yang tinggi seperti baju kanak-kanak. Kerana kanak-kanak semakin membesar setiap bulan dan tahun. Pasti setiap bulan atau setiap tahun baju ingin ditukar. Satu lagi contoh barangan yang permintaannya tinggi ialah earphone/headphone. Ini kerana pada pengalaman aku, selepas 2 bulan digunakan produk tersebut rosak. Lalu pembeli mesti akan membeli lagi barang tersebut.
4) keperluan yang diperlukan
Seperti contoh keperluan yang boleh korang jual di shopee ialah rempah memasak dan sabun mandi. Ini bukan kehendak tetapi keperluan pada zaman 2022.
5) kehendak yang tidak merugikan
Zaman alaf baru ini kehendak sesuatu yang penting. Jadi,korang boleh jual powerbank atau earphone . Itu juga mendapat sambutan hangat pada zaman ini.
6) harga borong boleh didapati
Korang yang ingin menjual,pastikan ada harga borong untuk barangan. Setiap barangan semakin banyak dibeli,semakin murah harga didapati. Itu prinsip yang seharusnya penjual pegang. Ini memudahkan untuk pemasaran korang. Apabila korang dapat harga borong,korang boleh juga memberikan harga borong kepada pembeli. Pastikan korang ada untung.
7) tidak mudah pecah
Barang yang mudah pecah berisiko rugi dan berisiko perlu ganti rugi. Amat sukar untuk dijamin kerana kurier tidak bertanggungjawab walaupun salah mereka. Harap faham tentang ini. Tak dapat aku nak jelaskan lebih lanjut.
8) mudah untuk angkat (tidak besar)
Ada segelintir yang menjual almari, bahkan sofa. Ia tidak digalakkan. Kerana kos penghantaran untuk barang besar adalah mahal. Jadi pembeli berhak untuk membatalkannya. Korang boleh menjual barang besar. Tetapi pendapat aku biarlah yang boleh dibuka pasang.
9) kehendak bulanan/keperluan bulanan
Contoh beras,dan minyak wangi. Ia adalah barangan yang diperlukan setiap bulan atau setiap beberapa bulan. Jadi itu akan mendatangkan pendapatan secara terus-menerus. Cari barangan yang penting dan merupakan keperluan. Ia boleh menjamin pembelian tetap.
10) harga jangan terlalu murah
Kenapa pula tak boleh bagi harga murah? Pembeli sebenarnya nak harga murah. Korang guna strategi pemasaran. Letak harga tinggi tetapi sentiasa buat promosi. Contoh harga modal RM3.50, korang letak RM15. Tetapi tolak kan untuk diskaun, jadi harga jual RM9.90. Nampak tak, keuntungan tetap ada. Setiap bulan shopee akan menyediakan sistem promosi seperti 10.10, 11.11, 12.12 dan lain-lain.
Panduan menjadi seller di Shopee
Bagi korang yang serius menjual di Shopee, elok sangat kalau korang dapat baca panduan bagaimana menjana 4 angka seminggu sebagai seller di Shopee di bawah.
Lebih dari satu untuk jual di shopee
Dah tak pening nak jual apa di shopee kan. Korang yang baru nak berjinak berniaga di shopee. Jangan fokus pada sesuatu barang. Berniagalah lebih dari satu produk.
Contoh korang sudah menjual kerepek. Apa kata korang jual juga chocojar. Begitu juga jika korang sudah menjual baju kanak-kanak. Apa kata tambah juga menjual baju tidur dewasa. Mengapa begitu? Ini kerana sistem di shopee membuat penghantaran percuma jika pembelian melebihi RM15 (ini terpulang kepada promosi semasa shopee ya).
Jadi pembeli ada pilihan lain untuk menambah produk. Kedai korang juga nampak meriah dan menarik jika banyak produk. Pembeli boleh melihat pelbagai jenis produk untuk pembelian.
Penutup
Barang mana yg mendapat permintaan yg tinggi daripada para pembeli? Di sini membincangkan serba sedikit barang paling laku di shopee 2022..
Post kali ini kita akan membincangkan 10 tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa di Shopee. Moga berguna utk penjual baru di Shopee..
Kesukaran awal seseorang penjual di Shopee ialah untuk membuat keputusan nak pilih barang yang cepat laku dijual online. Salah pilih, memang habis la..
Di shopee, harga murah dan ramai pengunjung. Ini menarik minat ramai utk merasai keterujaan menjual dan mencuba pengalaman berniaga di shopee.
Berbanding perniagaan secara konvensional, berniaga di shopee tanpa produk secara online sememang lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos..
Berniaga tak nak keluar modal? Sebenarnya korang boleh menjadi dropshipper. Bagaimanakah cara jadi dropship shopee Malaysia dan apa maksud dropship?
Maka lebih ramailah penjual yg ingin menjadi peniaga di shopee. Oleh itu, di sini dibincangkan serba sedikit tentang cara naikkan jualan di shopee..
Ramai yang sudah mengetahui cara untuk membuat pembelian di shopee, tetapi masih ramai yang belum tahu akan cara menjual di shopee guna telefon.