Cara Menjual di Shopee Guna Telefon

Antara aplikasi yang dikatakan memudahkan para pelanggan dalam pembelian secara online adalah Shopee dan Lazada. Oleh itu, di sini kita akan meneliti tentang salah satu aplikasi ini, yakni shopee sebagai salah satu aplikasi yang memudahkan urusan pembelian dan juga penjualan. Pasti ada di antara anda yang sudah mengetahui cara untuk membuat pembelian di shopee, akan tetapi masih ramai yang belum tahu cara menjual di shopee guna telefon.

Cara Menjual di Shopee Guna Telefon

Jika dulu, ketika kita ingin membeli barangan, pakaian, tudung dan sebagainya, pasti kita akan pergi terus ke pasar-pasaraya dan beratur berjam-jam untuk membayar segala barangan yang kita beli. Hal ini demikian kerana, dahulunya, kita tidak memiliki aplikasi mudah alih yang memudahkan pelanggan untuk membeli barangan yang diperlukan tanpa perlu beratur panjang untuk membuat pembayaran. Namun kini, di seluruh dunia telah memiliki aplikasi mudah alih untuk membuat pembelian termasuk negara Malaysia.

Oleh itu, mari kita lihat definisi atau maksud shopee yang anda perlu tahu. Shopee merupakan salah satu aplikasi yang digunakan dalam bidang jual beli secara online dan juga dapat diakses dengan mudah hanya dengan menggunakan smartphone. Tambahan pula, hanya dengan menggunakan smartphone anda sahaja, banyak produk fashion atau keperluan harian yang di tawarkan di shopee. Itu merupakan serba sedikit definisi atau maksud di sebalik shopee.

Namun, pasti ada di antara anda yang tertanya-tanya bagaimana cara menjual di shopee guna telefon seperti yang diperkatakan?

Terdapat tiga cara jual barang di shopee guna phone, iaitu:

strategi menjual secara ready stock

strategi menjual secara dropship

strategi menjual secara pre-oder.

Namun begitu, ketiga-tiga cara jual barang di shopee guna phone tersebut berbeza mengikut modal permulaan anda.

Strategi Menjual Secara Ready Stock

Cara menjual di shopee guna telefon secara ready stock merupakan salah strategi paling popular yang digunakan oleh penjual di shopee. Teknik ready stock ini sangat berguna dan hampir 75 peratus penjual di shopee menggunakan teknik tersebut.

Hal ini dikatakan sedemikian kerana, menjual barangan secara ready stock mempunyai kelebihan iaitu anda dapat mengawal cara pengeposan, kualiti produk dan yang paling penting adalah anda dapat mengawal keuntungan.

Tambahan pula, apa yang dikatakan dengan mengawal kualiti produk adalah sebelum anda mengepos produk anda di shopee menggunakan telefon dan kemudian pos produk anda kepada pembeli, anda dapat memeriksa terlebih dahulu sama ada produk anda mempunyai sebarang kerosakan atau tidak, berfungsi atau tidak yang mana ianya dapat membantu anda untuk menepis dakwaan pelanggan sekiranya mereka membuat aduan tentang kerosakan barang yang di hantar.

Hal ini demikian kerana, anda yang memegang produk tersebut dan mengetahui sama ada produk tersebut rosak atau pun tidak dengan mata sendiri. Selain itu, bagaimana pula dengan mengawal keuntungan. Bagi anda yang menggunakan cara menjual di shopee guna telefon dengan teknik ready stock, anda boleh menjana lebih banyak keuntungan.

Anda boleh mengawal setiap harga keluar masuk stock dengan harga satu unit produk yang berpatutan. Sebagai contoh, harga borong satu unit produk ialah RM 30, tetapi penjual di shopee akan menjual balik produk dengan harga RM 60 di Shopee. Kemudian, kita akan lihat pula cara mengawal pengeposan.

Kelebihan cara jual barang di shopee guna phone secara ready stock, adalah anda boleh memberi jaminan kepada pembeli terhadap tahap kepantasan sistem pengeposan. Sebagai contoh, anda memberi jaminan had pembelian sebelum pukul 1 petang, kemudian anda boleh mengepos barang yang dibeli oleh pembeli pada hari yang sama. Oleh itu, ini merupakan salah satu cara menjual di shopee guna telefon melalui strategi ready stock.

Strategi Menjual Secara Dropship

Selain cara menjual di shopee guna telefon menggunakan teknik atau strategi ready stock, anda juga boleh menggunakan teknik dropship atau strategi jual barang di shopee secara dropship. Namun begitu, di yakini pasti ramai yang sudah tahu apa yang di maksudkan dengan dropship. oleh itu, dropship dalam kata mudah adalah menjual produk orang lain.

Walaupun menjual produk orang lain dilihat seperti mudah, namun komisen yang diperoleh oleh dropship tidaklah begitu banyak dan hanya dalam lingkungan 20 sehingga 30 peratus daripada harga jualan. Namun begitu, menjual barang di shopee secara dropship menggunakan telefon juga mempunyai kelebihannya tersendiri.

Antara kelebihannya adalah anda dapat memulakan berniaga dengan harga kos yang rendah dan yang paling penting ianya hanya dengan menggunakan telefon sahaja. Walaupun ada di antara anda yang menganggap bahwa menjadi dropship agak sukar dek kerana sukar untuk mendapatkan pelanggan disebabkan anda tidak memegang barang jualan, namun sebagai dropship ianya lebih mudah untuk mendapatkan jualan.

Hal ini demikian kerana, sebelum anda menjadi seorang dropship, anda pasti sudah membuat rujukan mengenai produk mana yang sesuai dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Oleh itu, ianya mudah untuk mendapatkan jualan memandangkan produk yang dipilih sememangnya mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli.

Namun begitu, bagi peniaga dropship, anda harus mencari pembekal dropship yang boleh dipercayai bagi memastikan kedai shopee anda mempunyai rating yang baik daripada pembeli. Sudah pasti anda ingin tahu apa yang di maksudkan dengan mencari pembekal dropship yang boleh dipercayai, maksud tersebut adalah anda perlu mencari pembekal dropship yang boleh mengepos barang tepat pada masanya kepada pembeli.

Ianya secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya reputasi buruk pada kedai shopee anda. Oleh itu, ini merupakan salah satu cara menjual di shopee guna telefon melalui strategi jual barang di shopee secara dropship.

Strategi Menjual Secara Pre-Order

Strategi terakhir cara menjual di shopee guna telefon adalah secara pre-order. Jika anda teliti dengan betul, ada di antara penjual yang melakukan jualan secara pre-order selain daripada order. Namun apa yang di maksudkan dengan pre-order. Pre-Order adalah barangan yang perlu anda kumpulkan dahulu order sebelum anda borong produk tersebut daripada pembekal.

Sebagai contoh, anda akan menghadkan tempoh pre-order selama satu atau dua minggu daripada pembeli melalui telefon kemudian anda akan memborong produk tersebut daripada pembekal setelah cukup tempoh pre-order yang ditetapkan. Sama seperti strategi ready stock dan dropship, strategi menjual barang secara pre-oder juga mempunyai kelebihan tersendiri iaitu anda tidak perlu mengeluarkan modal sendiri untuk memborong produk daripada pembekal.

Hal ini demikian kerana, anda hanya perlu membuat satu pos produk dan anda akan memberitahu kepada pelanggan sekiranya ingin membeli pembeli perlu membuat pembayaran terlebih dahulu menggunakan link di kedai shopee dan kemudian hasil wang yang dikumpulkan itu akan digunakan untuk membayar kepada pembekal barang tersebut. Oleh itu, ini juga antara cara menjual di shopee guna telefon secara pre-order.

Kesimpulan

Ketiga-tiga strategi tersebut boleh digunapakai bagi mereka yang ingin menjual di shopee guna telefon. Hal ini demikian kerana, strategi-strategi tersebut sememangnya berkesan dan memberi keuntungan kepada anda jika anda mengaplikasi strategi berikut.

Walau bagaimanapun, mungkin terdapat banyak lagi cara menjual di shopee guna telefon, namun cukup sekadar anda mengetahui akan tiga strategi berikut iaitu strategi menjual secara ready stock, strategi menjual secara dropship dan strategi menjual secara pre-order. Ketiga-tiga strategi ini sudah memadai untuk anda aplikasi dalam perniagaan shopee anda.

Panduan menjadi seller di Shopee

Bagi korang yang serius menjual di Shopee, memang elok sangat kalau korang dapat baca panduan bagaimana menjana 4 angka seminggu sebagai seller di Shopee di bawah.

Panduan menjadi seller di Shopee

Penutup

Sudah mendaftar akaun shopee? Dah ada kedai di shopee? Tapi, masih tak tahu nak jual apa di shopee? Ini ada dikongsikan sedikit cadangan..

Barang mana yg mendapat permintaan yg tinggi daripada para pembeli? Di sini membincangkan serba sedikit barang paling laku di shopee 2022..

Post kali ini kita akan membincangkan 10 tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa di Shopee. Moga berguna utk penjual baru di Shopee..

Kesukaran awal seseorang penjual di Shopee ialah untuk membuat keputusan nak pilih barang yang cepat laku dijual online. Salah pilih, memang habis la..

Di shopee, harga murah dan ramai pengunjung. Ini menarik minat ramai utk merasai keterujaan menjual dan mencuba pengalaman berniaga di shopee.

Berbanding perniagaan secara konvensional, berniaga di shopee tanpa produk secara online sememang lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos..

Berniaga tak nak keluar modal? Sebenarnya korang boleh menjadi dropship. Bagaimanakah cara menjadi dropship shopee dan apa maksud dropship?

Maka lebih ramailah penjual yg ingin menjadi peniaga di shopee. Oleh itu, di sini dibincangkan serba sedikit tentang cara naikkan jualan di shopee..

Leave a Comment

error: Content is protected !!