Barang Paling Laku di Shopee 2023

Bagi penjual, pasti mereka ingin mencari produk yang mana pada tahun 2023 laku dan boleh mendapat permintaan yang tinggi daripada para pembeli atau pelanggan. Oleh itu, di sini kita akan membincangkan serba sedikit tentang barang paling laku di shopee 2023.

Barang paling laku di shopee 2023

Shopee semakin hari, semakin mendapat tempat dalam kalangan pelanggan mahupun pembeli. Bukan itu sahaja, shopee juga semakin menjadi tarikan atau perhatian daripada penjual kerana ianya sangat menguntungkan para peniaga atau penjual. Tambahan pula, perniagaan di shopee semakin maju hari demi hari dan sehinggalah sekarang tahun 2023.

Pelbagai produk atau barangan telah berjaya di jual di kedai-kedai shopee. Namun begitu, pada tahun 2023, pasti ramai yang ingin tahu apa barangan atau produk yang paling laku di shopee yang boleh di beli oleh pembeli dan di jual oleh penjual.

Namun begitu, sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut mengenai barang paling laku di shopee 2023, kita akan throwback atau imbas kembali barang paling laku pada tahun 2022 yang sering menjadi pilihan para pelanggan atau pembeli.

Antara barang paling laku di shopee 2022 adalah barang keperluan rumah, produk ibu dan barangan baby, produk kecantikan, pakaian, makanan, kelengkapan kesihatan, kelengkapan dapur, handphone dan aksesori, laptop dan komputer. Ini merupakan antara produk terlaris atau paling laku pada tahun 2022.

Namun begitu, mungkin ada di antara produk yang laris terjual pada tahun 2022 akan dijual pada tahun 2023. Hal ini demikian kerana, mungkin produk tersebut antara produk yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan walaupun sudah bertahun di jual di shopee.

Setelah kita lihat produk-produk terlaris pada tahun 2022, oleh itu mari kita lihat pula produk-produk atau barang paling laku di shopee 2023.

Produk Kecantikan

Jika dikatakan tentang produk kecantikan, pasti akan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli atau pelanggan. Hal ini demikian kerana, produk kecantikan sangat banyak digunakan oleh kaum hawa.

Bukan itu sahaja, perempuan sangat memerlukan produk kecantikan bermula daripada skincare untuk menjaga kesihatan kulit, body care, haircare untuk penjagaan rambut, hinggalah peralatan make up untuk kelihatan lebih cantik dan bergaya.

Seperti peralatan make up pula, setiap kelengkapan tersebut mempunyai lebih dari satu produk sebagai contoh untuk peralatan make up sudah pasti perlu mempunyai primer, foundation, blush on, lipstick, berus make up dan sebagainya. Kesemua peralatan tersebut sangat penting dan sentiasa digunapakai oleh golongan wanita.

Secara tidak langsung setiap produk make up tersebut akan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan atau pembeli di shopee kerana ianya sering digunakan. Oleh itu jelaslah bahawa, produk kecantikan merupakan salah satu produk paling laku di shopee 2023.

Pakaian

Seterusnya adalah pakaian, Pakaian merupakan antara produk atau barang yang sentiasa pendapat permintaan yang tinggi daripada para pelanggan dan pembeli. Ianya boleh dilihat pada tahun 2021 dimana tahun tersebut pakaian menjadi salah satu produk paling laku di shopee 2021.

Perkara ini berulang kembali apabila, produk pakaian ini juga menjadi produk paling laku di shopee pada tahun 2023. Hal ini demikian kerana, pakaian sangat diperlukan sebagai salah satu keperluan harian. Tambahan pula, di shopee juga menjual produk pakaian yang pelbagai fesyen dan jenama serta harga yang berpatutan dan mampu milik.

Di shopee juga menjual pakaian atau baju seperti artis korea di mana ianya sering menjadi taste fesyen bagi sesetengah kaum wanita dan juga segelintir kaum lelaki. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis fesyen dan jenama pakaian yang di jual di shopee sangat memberi pengaruh kepada kepada para pembeli atau pelanggan.

Oleh itu, sudah jelas bahawa produk pakaian bukan sahaja produk yang laku di shopee pada tahun 2021 tetapi ianya juga laku di shopee pada tahun 2023.

Makanan

Selanjutnya, antara produk di shopee yang laku atau terlaris pada tahun 2023 adalah makanan. Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya, produk makanan bagaimana yang dikatakan sering menjadi permintaan yang tinggi di shopee dan menjadi pilihan pembeli.

Produk makanan yang dapat dilihat di shopee adalah seperti choco jar, kimchi, biskut-biskut, dan sebagainya. Produk makanan yang di jual kebanyakkannya adalah produk makanan yang mampu bertahan lama sementara makanan tersebut sampai kepada pembeli atau pelanggan.

Tambahan pula, produk makanan sebegitu sering menjadi perhatian golongan remaja kerana ianya memiliki citarasa yang sesuai dengan golongan remaja. Bukan itu sahaja, pilihan makanan yang banyak juga boleh memenuhi kepuasan para pelanggan dan juga pembeli. Oleh hal yang demikian, jika anda ingin mengetahui produk yang terlaris atau laku pada tahun 2023 adalah makanan.

Handphone dan Aksesori

Handphone dan aksesori juga antara produk atau barang yang paling laku pada tahun 2023. Hal ini demikian kerana, handphone dan aksesori antara alatan sering yang digunakan oleh golongan masyarakat terutama ketika dunia dilanda covid-19.

Perkara ini dikatakan sedemikian kerana, penggunaan handphone antara produk yang sering digunakan baik pelajar mahupun golongan dewasa yang bekerja dari rumah sepanjang penyebaran covid-19 berleluasa. Untuk makluman anda, antara produk yang banyak dibeli adalah seperti earphone, headphone, flipcase, kabel usb, powerbank holder dan banyak lagi.

Produk ini bukan sahaja banyak digunakan ketika zaman covid-19 tetapi juga ianya banyak digunakan dalam kehidupan seharian biasa. Tambahan pula, harga penjualan produk-produk handphone dan aksesori yang di jual di shopee sangat berpatutan dan murah menyebabkan ianya sering mendapat permintaan yang tinggi. Oleh kerana itu, produk tersebut telah menjadi salah satu barang paling laku di shopee 2023.

Beg Tangan Wanita

Selain itu, produk yang dikatakan antara produk yang paling laku di shopee 2023 adalah beg tangan wanita. Beg tangan adalah salah satu aksesori yang sering digunakan oleh golongan masyarakat terutama golongan wanita. Hal ini demikian kerana, beg tangan merupakan keperluan bagi wanita untuk meletakkan beg duit, telefon, barang make up dan sebagainya ketika keluar berjalan.

Tambahan pula, fesyen beg yang pelbagai jenis dan pelbagai jenama yang di jual di shopee membuatkan pembeli atau pelanggan terutama golongan wanita membelinya. Hal ini secara tidak langsung dapat menaikkan atau meningkatkan penjualan beg tangan wanita di shopee.

Oleh itu, bagi mereka yang baru berniaga di shopee dan ingin tahu produk mana yang paling laris bolehlah menjual beg tangan wanita. Oleh itu, sudah jelas bahawa, beg tangan wanita antara barang paling laku di shopee 2023.

Kesimpulannya

Di atas ini merupakan antara produk atau barangan shopee yang paling laku pada tahun 2023. Seperti yang dikatakan mungkin ada di antara produk pada tahun 2023 yang laris adalah sama dengan produk yang laris pada tahun 2021. Hal ini menunjukkan bahawa, produk tersebut masih mendapat permintaan yang tinggi daripada para pembeli atau pelanggan.

Bukan itu sahaja, bagi golongan peniaga atau penjual yang ingin memulakan perniagaan di shopee, namun tidak tahu ingin menjual apa dan apa produk yang laris di mata pembeli atau pelanggan, bolehlah melihat pada senarai di atas. Namun begitu, masih banyak lagi produk tahun 2023 yang laku di shopee selain daripada yang dinyatakan di atas ini.

Antaranya, laptop atau komputer, alat elektronik, pakaian muslim atau sebagainya. Oleh itu, anda boleh memilih produk apa yang laku pada tahun 2023.

Panduan menjadi seller di Shopee

Bagi korang yang serius menjual di Shopee, elok sangat kalau korang dapat baca panduan bagaimana menjana 4 angka seminggu sebagai seller di Shopee di bawah.

Panduan menjadi seller di Shopee

Penutup

Sudah mendaftar akaun shopee? Dah ada kedai di shopee? Tapi, masih tak tahu nak jual apa di shopee? Ini ada dikongsikan sedikit cadangan..

Anda berniaga di shopee? Follower masih ciput dan tak ramai? Jom baca dua cara naikkan follower di shopee di sini. Ada yg mudah dan ada yang leceh. Anda tinggal pilih..

2 thoughts on “Barang Paling Laku di Shopee 2023”

    • Saya dh ada kedai dishopee tapi dh tutup sbb x menguntungkan.Saya jual brg makanan dan kosmetik wawa tpi saya tidak untung. Barang makanan rosak bila pihak courier lambat hantar. Saya pernah kerugian bila mana produk makanan hampir 50 bungkus rosak macam tu je. Kosmetik pulak saya ambil dgn harga master stokist tapi bila tgok dishopee ada seller yg jual lebih murah lgi sedangkan klau kita jual harga murah kita akan rugi

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!