Cara Menaikkan Jualan di Shopee

Shopee merupakan salah satu platform yang menjual pelbagai jenis produk, jenama dan sebagainya. Shopee ini juga sering mendapat permintaan yang tinggi dari segi jualannya kerana ianya mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli atau pelanggan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan shopee antara platform yang terkenal dan menjadi aplikasi yang menjadi pilihan utama pembeli atau pelanggan. Justeru, disebabkan shopee sering menjadi pusat atau aplikasi yang sering digunakan oleh para pembeli atau pelanggan, maka lebih ramailah peniaga atau penjual yang ingin menjadi salah seorang peniaga di shopee. Oleh itu, di sini akan dibincangkan serba sedikit tentang cara menaikkan jualan di shopee.

Cara Menaikkan Jualan di Shopee

Ramai juga peniaga atau penjual yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ingin mencuba menjadi peniaga atau penjual di shopee. Hal ini demikian kerana, perniagaan di shopee merupakan antara perniagaan yang maju dan mengguntungkan.

Bukan itu sahaja, ramai peniaga atau penjual di shopee berlumba-lumba untuk menambahkan follower di shopee bagi memastikan jualan produk mereka sentiasa mendapat perhatian orang ramai. Namun begitu, pasti ada di antara para peniaga atau penjual juga memikirkan bagaimana cara menaikkan jualan di shopee agar perniagaan kita di shopee tidak gulung tikar.

Bagaimana cara menaikkan jualan di shopee terutama bagi golongan peniaga yang baru sahaja mula berniaga di shopee. Oleh itu, tidak dinafikan, shopee kini menjadi semakin padat dengan pelbagai jenis barang dan penjual. Oleh itu, dengan kepadatan yang berlaku ini menyebabkan persaingan antara penjual semakin hari semakin bertambah dan dengan itu ramai peniaga atau penjual bertungkus lumus dan berusaha untuk menaikkan jualan mereka di shopee.

Kebanyakkan peniaga melakukan perang harga agar jualan mereka sentiasa meningkat naik. Jika ada di antara yang belum tahu apa itu perang harga, perang harga adalah penjual saling berlumba-lumba meletakkan harga barangan atau produk mereka pada harga yang lebih rendah daripada peniaga yang lain atau daripada harga market sebenar.

Walau bagaimanapun, bagi peniaga yang baru bermula dalam dunia perniagaan, di harapkan anda tidak berasa gentar untuk bersaing kerana penjual yang banyak tidak bermakna peniaga yang baru bermula tidak berjaya berniaga di shopee. Oleh itu, mari lihat cara menaikkan jualan di shopee.

Gambar Produk Yang Menarik

Antara cara menaikkan jualan di shopee adalah gambar produk yang menarik. Mengapa dikatakan gambar produk yang menarik merupakan salah satu cara tingkatkan sales di shopee? Hal ini demikian kerana, perkara utama ketika kita menjual barang adalah gambar.

Oleh itu gambar yang perlu dipaparkan di kedai shopee anda haruslah menarik, cantik dan kemas agar orang ramai yang melihatnya akan tertarik untuk singgah di kedai shopee tersebut sekaligus menarik minat ramai pembeli. Bukan itu sahaja, gambar yang menarik dan cantik akan menjadi first impression pembeli atau pelanggan apabila melihat produk kita di shopee.

Namun begitu, anda perlu tahu apa yang di maksudkan dengan gambar yang cantik dan menarik. Maksud gambar yang cantik dan menarik adalah anda harus memastikan gambar yang anda ambil mempunyai cahaya yang cukup, angle yang cantik dari pelbagai sudut, gambar pixel yang tinggi serta background yang sesuai.

Jika dilihat ianya agak sedikit rumit kerana anda harus memastikan setiap gambar tersebut memiliki ciri-ciri gambar yang menarik. Namun, walaupun ianya agak rumit tetapi hasilnya akan menjadi cantik dan menarik. Oleh itu, sudah jelas bahawa, walau hanya memiliki sekeping gambar yang cantik dan menarik, tetapi ianya tetap menjadi point utama yang perlu dititikberatkan untuk menaikkan jualan kita di shopee.

Optimumkan Penggunaan Video

Selain penggunaan gambar yang menarik dan cantik, anda juga boleh memuatnaik video produk anda agar pembeli atau pelanggan lebih berpuas hati melihat produk yang di jual oleh kedai shopee anda. Bukan itu sahaja, pakar dalam marketing juga mengatakan bahawa dengan menyediakan promosi melalui video jauh lebih baik dan lebih banyak conversion jualan berbanding hanya gambar statik walaupun gambar tersebut cantik dan menarik.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mahu meletakkan video jualan produk anda, ianya tidaklah menjadi masalah, namun jika anda betul-betul hendak meningkat jualan di shopee anda di galakkan untuk mengupload walaupun hanya satu video produk milik anda. Walau bagaimanapun, kebanyakkan peniaga atau penjual tidak berminat untuk mengupload video kerana mereka mungkin tidak memiliki bakat dalam mengedit atau memberi efek pada video.

Namun begitu, untuk video anda hanya perlu meletakkan efek-efek yang biasa sahaja asalkan anda memaparkan keseluruhan cara dan bentuk produk anda. Oleh itu, sudah jelas bahawa optimumkan penggunaan video merupakan antara cara tingkatkan sales di shopee.

Penghantaran Percuma

Selanjutnya, cara tingkatkan sales di shopee adalah penghantaran percuma. Hal ini demikian kerana, mungkin dalam kalangan anda belum mengetahui bahawa pihak shopee akan bekerjasama dengan pos laju untuk membuat penghantaran percuma jika berat barang tersebut di bawah lima kilogram.

Dengan adanya promosi penghantaran percuma seperti ini secara tidak langsung dapat menarik minat pembeli atau pelanggan untuk membeli barangan atau jualan di shopee. Tidak di nafikan siapa sahaja tidak mahu penghantaran percuma, pasti ramai yang berlumba-lumba ingin mendapatkan promosi penghantaran percuma.

Oleh itu, bagi mereka yang inginkan barangan yang di beli mendapat promosi penghantaran percuma perlulah membeli produk atau barangan di bawah lima kilogram. Oleh itu, cara naikkan jualan di shopee adalah dengan membuat penghantaran percuma.

Berikan Diskaun

Seterusnya, cara naikkan jualan di shopee adalah berikan diskaun kepada pembeli atau pelanggan. Hal ini demikian, setiapa kali ada diskaun yang diberikan oleh shopee pasti ramai pembeli atau pelanggan berpusu-pusu datang ke kedai shopee untuk membeli produk yang dijual. Anda boleh memotong harga normal kemudian menggantikan dengan harga diskaun yang diberi.

Sebagai contoh, jika sebelum ini anda menjual produk anda dengan harga lima puluh ringgit tetapi anda memberikan penghantaran percuma, maka anda boleh mengubah menjadi harga diskaun empat puluh lima ringgit tetapi dengan kos penghantaran. Ini merupakan salah contoh bagaimana anda perlu bermain dengan harga diskaun untuk memastikan jualan produk anda maju.

Namun ada juga cara yang lain, yang boleh anda gunakan untuk memastikan anda masih meletakkan harga diskaun tetapi untung anda masih kekal stabil dan tidak jatuh. Oleh itu, dengan memberikan diskaun kepada pelanggan atau pembeli secara tidak langsung menjadi salah satu cara tingkatkan sales di shopee.

Kesimpulan

Ini merupakan antara cara bagaimana nak naikkan jualan di shopee. Cara-cara seperti ini boleh digunakan bagi mereka yang baru bermula dalam perniagaan di shopee. Hal ini demikian kerana, cara-cara tersebut sangat membantu peniaga atau penjual untuk menaikkan jualan mereka di shopee.

Walau bagaimanapun, masih banyak lagi cara untuk menaikkan jualan di shopee seperti shopee kempen, boost atau bump produk, dan juga membuat iklan di shopee. Namun begitu, cara-cara yang di senaraikan di atas juga antara yang membantu peniaga atau penjual menaikkan jualan di shopee.

Oleh itu, bagi anda yang tidak tahu bagaimana hendak menaikkan jualan di shopee bolehlah menggunakan kesemua cara tersebut. Kesemua cara ini adalah asas sahaja dan tidak memerlukan teknik apapun, hanya sekadar cara yang mungkin tidak ketahui oleh banyak orang.

Panduan menjadi seller di Shopee

Bagi korang yang serius menjual di Shopee, memang elok sangat kalau korang dapat baca panduan bagaimana menjana 4 angka seminggu sebagai seller di Shopee di bawah.

Panduan menjadi seller di Shopee

Penutup

Sudah mendaftar akaun shopee? Dah ada kedai di shopee? Tapi, masih tak tahu nak jual apa di shopee? Ini ada dikongsikan sedikit cadangan..

Barang mana yg mendapat permintaan yg tinggi daripada para pembeli? Di sini membincangkan serba sedikit barang paling laku di shopee 2022..

Post kali ini kita akan membincangkan 10 tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa di Shopee. Moga berguna utk penjual baru di Shopee..

Kesukaran awal seseorang penjual di Shopee ialah untuk membuat keputusan nak pilih barang yang cepat laku dijual online. Salah pilih, memang habis la..

Di shopee, harga murah dan ramai pengunjung. Ini menarik minat ramai utk merasai keterujaan menjual dan mencuba pengalaman berniaga di shopee.

Berbanding perniagaan secara konvensional, berniaga di shopee tanpa produk secara online sememang lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos..

Berniaga tak nak keluar modal? Sebenarnya korang boleh menjadi dropship. Bagaimanakah cara menjadi dropship shopee dan apa maksud dropship?

Leave a Comment

error: Content is protected !!