Tips Letak Nama Produk Supaya Pembeli Mudah Jumpa

Pencarian produk di Shopee menjadi fokus utama. Apabila pembeli mencari, mereka berminat dengan produk korang. Itulah yang diinginkan setiap penjual Shopee. So, kali ini kita akan membincangkan 10 tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa.

10 Tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa

Jika mencari sesuatu produk. Pembeli pasti akan mencari produk yang pertama muncul. Ada yang setuju produk dipilih kerana bilangan dijual. Sebenarnya tidak. Nama produk yang pertama muncul dianggap banyak carian. Ia dianggap nama produk yang pertama muncul itu adalah yang paling banyak hasil jualan. Dan paling dipercayai.

Nama sesuatu produk memberikan peranan yang penting. Dalam pemilihan nama produk, penjual boleh mengikut nama produk yang asal. Tidak perlu mengubahnya.

Prinsipnya mudah je. Apabila korang mahu nama yang mudah dicari, mudah terpamer pada pilihan yang pertama. Hanya elakkan perkataan yang dieja secara berbelit. Jika korang mahu tulis nama produk di dalam bahasa inggeris, silakan. Boleh je tak ada masalah.

Sebenarnya di shopee lebih kepada bahasa Inggeris. Meskipun hanya nama produk. Tetapi itu tak ada masalah walaupun korang gunakan bahasa Inggeris. Cumanya saingan lebih hebat. Mengapa? Kerana kedai luar negara di shopee menggunakan bahasa Inggeris.

Jadi, harga lebih rendah adalah saingan korang. Kalau korang rasa boleh bersaing, silakan. Janji tiada ringkasan atau shortform. Jika ringkasan nama produk, pembeli sukar untuk mencari.

Memang pencarian akan jumpa tetapi ia tidak menjadi utama. Jadi, fokus korang sebagai penjual ialah menjadikan produk pilihan utama dan teratas.

Ada 10 tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa.

  1. Elak guna semua huruf besar
  2. Jangan ayat ringkas. Tuliskan panjang dan penuh
  3. Dalam nama produk letakkan sedikit maklumat
  4. Boleh juga gunakan bahasa pasar
  5. Lebih panjang lebih bagus
  6. Nyatakan saiz barang di nama produk
  7. Tidak meletakkan ayat larangan
  8. Boleh tiru sama
  9. Jangan letak tanda seru
  10. Harga tidak perlu

Setiap 10 ini perlu ada semua. Bukan korang boleh pilih pula 1 buat dan 1 tak buat. Mengapa? Ini kerana inilah tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa. 10 tips ini perlu ada semasa korang letak nama produk.

Elak guna semua huruf besar

Mengapa kena elak? Kerana ia kelihatan seperti scam dan tidak profesional. Jika pembeli mencari produk mesti terus menaip. Jadi, apa yang ditaip pasti akan menjadi carian pertama. Jika kita mahu produk kita yang pertama keluar, jangan semua huruf besar. Contoh yag baik – “Kuali non-stick”. Itu rahsia penjual sebenarnya.

Ayat ringkas. Tuliskan panjang dan penuh

Aku mengambil contoh korang menjual kasut. Jadinya korang kena tahu tips letak nama produk supaya mudah jumpa ialah terangkan lebih lanjut. Ringkas tapi padat. Contoh “Kasut wanita bertali”. Ok tak korang? Faham ye..

Dalam nama produk letakkan sedikit maklumat

Contoh maklumat seperti kasut jalan atau kasut terpakai dan sebagainya. Jika korang menjual makanan. Pastikan meletakkan tarikh luput. Pembeli akan berasa senang kerana penjual berterus terang. Rahsianya ialah maklumat di dalam pencarian ialah lebih lanjut. Dan pembeli tidak perlu kaji selidik pada sesuatu barang. Hanya membaca nama produk, pembeli sudah tertarik.

Boleh juga gunakan bahasa pasar

Ada juga penjual yang rasa bersalah apabila menggunakan bahasa pasar. Sebenarnya boleh saja. Contoh seperti minyak hangat. Bahasa pasarnya minyak angin. Tetapi dalam pasaran di shopee, memang ramai yang menggunakan bahasa pasar. Kerana ia lagi mudah dicari.

Lebih panjang lebih bagus

Nama produk yang lebih panjang. Itu juga antara tips letak nama produk supaya mudah jumpa. Ada di antara pembeli memang akan taip panjang-panjang. Satu kepuasan apabila pembeli menjumpai apa yang dicari.

Tapi aku nak ingatkan. Sebenarnya lebih panjang nama produk lebih bagus. Tapi ini hanya di shopee. Shopee memang istimewa. Dan di shopee, ia menyokong penjual yang baru mendaftar. Dan ia membantu mengiklankan secara percuma. Jika korang letakkan nama produk yang panjang. Shopee akan membantu dengan percuma. Tanpa korang sedar, produk korang berada dalam iklan terbaharu.

Nyatakan saiz barang di nama produk

Tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa ialah saiz disertakan. Contoh baju bayi. Sertakan saiz 0-6 bulan atau 12-24y. Begitu. Memang panjang nama produk tetapi itu lebih mendapat tarikan. Setiap nama produk disertakan saiz. Meskipun ada pelbagai saiz.

Tidak meletakkan ayat larangan

Seterusnya tips letak nama produk supaya mudah jumpa ialah jangan letak ayat larangan. Di shopee ada ayat atau nama produk yang dilarang. Contoh ayat yang dilarang seperti foundation dan jenama barang (brand) . Syarat seterusnya ialah, jangan meletakkan ruang kosong pada hujung ayat produk. Di bahagian belakang nama produk, mesti titik atau huruf. Bukan ruang kosong.

Boleh tiru sama

Ada penjual yang musykil. Betul ke tak boleh tiru atau copy nama produk penjual lain. Ya boleh. Jika produk itu sama. Hanya nama. Tapi aku syorkan korang jangan tiru. Buat keunikan untuk kedai sendiri. Cumanya ia dibolehkan. Sebab produk banyak yang sama. Jadi nama pun sama je la kan. Tapi korang mesti ada kreativiti di dalam diri. Elakkan mencuri idea orang. Korang just follow je tips letak nama produk supaya mudah jumpa yg aku terangkan di sini.

Jangan letak,tanda seru atau tanda soal

Selain ayat biasa, korang jangan letak tanda seru ‘!’ atau tanda soal ‘?’. Ini tidak perlu. Ini akan menyebabkan carian kedai atau produk menjadi ke belakang. Untuk menjadi produk yang pertama ditemui atau mudah dijumpai. Korang boleh letak emoji love atau good. Itu dibenarkan. Atau emoji yang menyenangkan. Seperti contoh korang menjual baju, letak emoji baju. Korang menjual kasut, lalu letak emoji kasut. Sekiranya korang siar tetapi ralat. Ia bermakna pada nama produk korang ada kesilapan atau larangan.

Harga tidak perlu

Di shopee ruang untuk harga telah disediakan. Jadi, jangan panjangkan nama produk dengan harga. Harga tidak perlu diletakkan di bahagian nama produk. Ia akan menyulitkan kemaskini produk. Mungkin korang akan terlupa edit nama produk . Apabila harga bertukar, ia akan sukar. Jadi berhati-hati. Pelajari apa yang perlu dipelajari. Jangan tergesa-gesa.

Ringkas dan Straightforward

Secara am, apabila korang memulakan apa saja bisnes, kunci utama adalah untuk memastikan segalanya berterusan dalam keadaan ringkas dan straightforward. Menamakan bisnes juga tidak terkecuali, gunakan kunci yang sama. Apa pun, nama produk mengikut sesuatu barang. Ada yang sukar dijumpai, ada yang senang dijumpai. Kekuatan nama produk terletak apa ayat yang digunakan.

Kesimpulan

Korang cuba letakkan diri korang pada pembeli. Apa akan korang taip? Sekiranya korang ingin membeli barang jualan korang. Jadi, ia juga dapat membantu korang sebenarnya. Korang boleh juga selitkan bila masa korang akan promosi. Atau tulis ‘hari terakhir promosi’. Ia strategi untuk membuat pembeli membeli. Strategi pemasaran.

Panduan menjadi seller di Shopee

Bagi korang yang serius menjual di Shopee, elok sangat kalau korang dapat baca panduan bagaimana menjana 4 angka seminggu sebagai seller di Shopee di bawah.

Panduan menjadi seller di Shopee

Penutup

Sudah mendaftar akaun shopee? Dah ada kedai di shopee? Tapi, masih tak tahu nak jual apa di shopee? Ini ada dikongsikan sedikit cadangan..

Barang mana yg mendapat permintaan yg tinggi daripada para pembeli? Di sini membincangkan serba sedikit barang paling laku di shopee 2022..

Leave a Comment

error: Content is protected !!