Wah ramai yang berminat nak menjana pendapatan. Sekarang duduk rumah pun boleh menjana pendapatan. Termasuklah di aplikasi shopee. Tapi tak nak keluar modal. Sebenarnya korang boleh menjadi dropship. Bagaimanakah cara jadi dropship shopee Malaysia dan apa maksud dropship?
Isi Kandungan
Dropship bermaksud satu konsep perniagaan yang mudah. Mudah kata sebagai pekerja yang tidak mempunyai gaji. Tetapi mengambil untung dari satu barang jualan. Tidak memegang stok dan tidak perlu mengeluarkan modal. Dropship bersesuaian untuk korang yang ingin membuat kerja sambilan.
Selepas korang faham apa maksud dropship. Korang boleh mulakan dengan kedai yang memerlukan dropship. Korang boleh menjadi dropship di shopee. Aku akan cuba terangkan cara-cara jadi dropship shopee Malaysia setakat yg aku boleh. Semoga ia bermanfaat untuk korang.
Cara menjadi dropship di shopee
Cara jadi dropshipper di shopee ialah dari kedai shopee ke shopee sahaja. Tidak semua yang ingin berurusan dengan dropship. Jadi, korang perlu memilih kedai yang mencari dropship. Kenapa perlu memilih kedai? Kerana kedai perlu memberi kerjasama dalam jualan dropship.
Untuk berniaga sebagai dropship, korang memerlukan gambar, harga dropship dan maklumat produk. Ia selalunya diberikan oleh pembekal. Korang pilih pembekal atau kedai yang memerlukan dropshipper. Selepas sesi persetujuan kedua pihak, korang akan diberi maklum tentang dropship.
cara jadi dropshipper di shopee secara asas
Apabila korang mendapat harga dropship, korang perlu naikkan sendiri harga jual. Seperti contoh, harga dropship RM10. Jadi korang letak di dalam kedai shopee korang harga jual RM15. Untung korang RM5. Sebanyak RM10 korang perlu bayar pada pembekal.
Untung ini mungkin kurang sedikit seperti RM4.80 kerana fee shopee akan dicaj. Pembayaran dibuat setelah semua proses selesai. Semua dropshipper sudah faham tentang itu. Masih tetap menguntungkan.
Korang tak perlu berbuat apa-apa. Hanya siarkan iklan sahaja dan tunggu pesanan masuk.
Tapi kalau nak sales shopee mencanak, memang kena buat sesuatu la. Kena promosikan produk yang anda jual itu. Korang boleh promosikan di media sosial sepeti Insta, Tiktok dan lain-lain..
Cara pesanan dihantar
Selepas korang beriklan di dalam kedai shopee. Sekiranya ada pesanan, korang tak perlu mencetak waybil. Apa yang perlu korang buat? Korang hanya perlu memberi waybil atau pautan waybil kepada pembekal tersebut.
Selebihnya mereka yang akan uruskan. Seperti pembungkusan dan penghantaran. Selepas itu duit masuk ke dalam akaun shopee korang. Korang hanya perlu membayar kepada pembekal harga dropship sahaja. Jadi selebihnya adalah untung korang sebagai dropship.
Menjadi dropship luar negara
Cara jadi dropshipper di shopee yang kedua adalah direct dropship dari kilang. Cara ini juga ramai yang praktikkannya. Kalau korang pernah dengar “dropship direct China” tu. Di Malaysia pun ramai yang jadi supplier.
Jadi, supaya lebih memudahkan. Korang terus sahaja cari pembekal yang menyediakan khidmat dropship. Selalunya kedai dari negara China. Contohnya jadi agent dropship Taobao, AliExpress dan banyak lagi.
Jika pembekal tersebut memang memerlukan dropship. Mereka menyatakannya. Jadi, ia tidak memerlukan modal. Korang hanya perlu cetak waybil dan beri kepada pembekal. Penterjemahan di shopee disediakan. Korang juga boleh bertutur dan berhubung dalam bahasa inggeris.
Mudahkan cara menjadi dropship di shopee. Walaupun gembira mendengar keuntungan, namun ada cabaran menanti. Biarpun hanya duduk rumah. Cabaran berniaga tetap ada. Setiap kejayaan mesti ada cabaran.
4 cabaran terbesar apabila menjadi dropship shopee. Tapi ia sedikit pun tidak meruntuhkan semangat korang yang ingin berjaya.
4 cabaran menjadi dropship shopee
1) pesaing dropship ramai di shopee
Sejak 2015, aplikasi shopee dicipta. Jadi, tahun 2021 baru korang daftar. Dah berapa ramai dropship mendaftar sebagai dropshipper shopee Malaysia? Sememangnya pesaing begitu ramai dan sudah banyak hasil jualan. Tetapi jangan berputus asa. Ada rezeki mesti ada pembelian. Pastikan korang ada kelainan dan keunikan untuk pembeli membeli dari korang.
2) penghantaran dari china lambat
Selama aku berniaga, membeli dan menjadi dropship. Aku tak pernah mendapat lambat pesanan dari China . Tapi, memang ada kejadian sebegini. Jadi, untuk dropshipper dari China. Korang beritahu pembeli secara jujur. Jika rezeki masih berpihak kepada korang. Pasti pembelian akan dibuat.
3) shopee tahan duit
Mengapa pula? Ini kerana prosedur shopee inginkan kedua pihak berpuas hati. Jadi, jika pembeli tidak berpuas hati. Duit akan dibekukan seketika. Dan duit akan dimasukkan semula mungkin separuh dari harganya. Jadi itu akan mengakibatkan kerugian. Tapi perkara ini amat kurang berlaku.
Jadi korang jangan risau. Jika korang pandai mencari pembekal. Pandai menjaga kualiti barang. Pasti senang dan mudah urusan korang. Dalam dunia perniagaan ini. Jangan perlu ada masalah hati. Jangan ada sifat iri hati. Menjual barang dengan jujur dan ikhlas.
4) rating perlu dijaga
Selalunya pembeli memberikan rating tertinggi iaitu lima bintang. Lima bintang diberikan sekiranya produk yang diterima dalam keadaan yang baik. Dan pembeli berpuas hati dengan layanan seller.
Namun jika ada hal yg pembeli tidak puas hati, hal ini mengakibatkan pembeli memberikan rating atau star yang rendah. Apabila star kedai shopee diberi sedikit, tanggapan pembeli lain pada kedai korang adalah buruk. Ini kerisauan kepada semua seller. Itulah cabaran dalam menjadi dropship di shopee. Barang pembekal yang rosak, rating kedai kita yang cacat.
Selepas cabaran, jom lihat tentang kelebihan menjadi dropship.
Kelebihan dropship shopee
1) Tidak perlu simpan stok
Jadi dropshipper di shopee tidak memegang stok. Sebab itu semua gambar dan maklumat produk pembekal atau pihak HQ produk yang sediakan. Dropshipper hanya perlu copy paste sahaja. Walaupun keuntungan dropship dipandang kecil, tetapi banyak juga hasilnya kalau jualan tinggi.
2) Tidak perlu keluar pos barang
Apabila tidak perlu simpan stok. Mestilah tidak perlu keluar pos barang. Semua dilakukan oleh pembekal. Jimat masa, ruang dan hanya bergajikan komisyen jualan sahaja. Seronok menjadi dropship ni.
Yang menariknya lagi ialah jika jualan capai target. Sesetengah pembekal memberikan ganjaran. Tapi aku nyatakan ya. Bukan semua pembekal. Jika korang dapat pembekal tersebut, maka bertuahlah. Bolehlah korang berusaha sehingga mencapai target.
3) Shopee adalah platform popular
Kelebihan menjadi dropship di shopee ialah shopee sememangnya sudah dikenali. Jika korang tidak promote kedai shopee pun, kedai korang akan terlihat juga. Kerana platform ini sudah popular. Hanya korang war-warkan kedai korang sudah berada di shopee.
4) Boleh menjadi dropship mana mana pembekal
Tiada paksaan untuk menjadi dropship. Korang boleh memilih mana-mana sahaja pembekal yang korang inginkan. Tetapi aku nasihatkan apabila korang sudah mempunyai ramai pembekal. Korang mesti mengasingkan produk dari pembekal yang sama. Supaya mudah untuk pembeli membeli. Hanya perlu letakkan produk di dalam folder yang sama pembekal.
Secara asas, itulah dia cara jadi dropship shopee tanpa modal.
Tak faham sangat kan apa aku tulis ni? Aku memang tak pandai menulis. Better korang baca panduan di bawah. Penerangannya jelas dan tak memeningkan kepala.
Panduan menjadi seller di Shopee
Bagi korang yang serius menjual di Shopee, memang elok sangat kalau korang dapat baca panduan bagaimana menjana 4 angka seminggu sebagai seller di Shopee di bawah.
Penutup
Sudah mendaftar akaun shopee? Dah ada kedai di shopee? Tapi, masih tak tahu nak jual apa di shopee? Ini ada dikongsikan sedikit cadangan..
Barang mana yg mendapat permintaan yg tinggi daripada para pembeli? Di sini membincangkan serba sedikit barang paling laku di shopee 2022..
Post kali ini kita akan membincangkan 10 tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa di Shopee. Moga berguna utk penjual baru di Shopee..
Kesukaran awal seseorang penjual di Shopee ialah untuk membuat keputusan nak pilih barang yang cepat laku dijual online. Salah pilih, memang habis la..
Di shopee, harga murah dan ramai pengunjung. Ini menarik minat ramai utk merasai keterujaan menjual dan mencuba pengalaman berniaga di shopee.
Berbanding perniagaan secara konvensional, berniaga di shopee tanpa produk secara online sememang lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos..
Saya mahu.join
SAYA NAK JOIN
Nak jadi dropship shopee