Berniaga Di Shopee Tanpa Produk

Pada masa kini, ramai di antara anak muda zaman yang giat menjalankan perniagaan untuk menambah sumber pendapatan harian mereka. Namun perniagaan yang mereka lakukan tidak memerlukan modal yang banyak atau perniagaan tanpa modal memandangkan mereka hanya menjalankan perniagaan ini sebagai seorang dropship. Salah satu daripada peluang tersebut adalah shopee. Melalui platform ini, anak muda boleh berniaga di shopee tanpa produk.

Berniaga di Shopee Tanpa Produk

Bukan itu sahaja, perniagaan tanpa modal ini juga hampir-hampir tidak menampakkan kewujudannya dan ianya dikatakan sukar untuk meneruskan perniagaan dengan lebih jauh. Namun begitu, membuat duit sebagai dropship atau perniagaan tanpa produk semakin hari semakin mendapat perhatian terutama di shopee.

Tambahan pula, berbanding perniagaan secara konvensional, berniaga di shopee secara online dan tanpa produk sememang lebih menjimatkan masa, tenaga, kos dan yang paling penting ianya jauh lebih mudah. Oleh itu, di sini akan dibahaskan serba sedikit tentang kelebihan berniaga online di shopee.

Sebelum kita berbahas lebih mengenai bisnes di shopee tanpa produk, di sini akan diterangkan mengapa shopee merupakan salah satu aplikasi yang popular dan menjadi salah satu tempat penjual untuk menjalankan perniagaan secara online. Hal ini dikatakan demikian kerana, shopee merupakan platform perniagaan yang mesra pengguna.

Selain itu, kemudahan, pengurusan dan penyelenggaraan sentiasa dibaik pulih dan diperbaiki agar platform shopee sentiasa attractive. Bukan itu sahaja, shopee juga diketahui sebagai salah satu platform yang menyediakan harga-harga yang murah dan hal ini menyebabkan ianya menjadi tempat tumpuan para-para peniaga.

Oleh hal yang demikian, setelah mengetahui akan sebab shopee menjadi pilihan utama pembeli, kita akan teruskan tentang kelebihan berniaga di shopee tanpa produk.

Lebih Mudah

Antara kelebihan berniaga online adalah ianya lebih mudah. Pasti ada di antara anda yang tertanya-tanya bagaimana dengan dikatakan lebih mudah. Untuk pengetahuan anda, apa yang dikatakan lebih mudah adalah shopee tanpa produk ini anda tidak perlu memegang produk seperti pembekal-pembekal lain bagi sesuatu produk.

Hal ini demikian, tugas anda sebagai penjual tanpa produk adalah hanya mengambil pesanan pelanggan dan mempromosi barangan anda agar ramai pembeli mahu singgah di kedai shopee anda dan membeli barangan daripada anda. Perkara inilah yang membezakan penjual shopee tanpa produk dan juga penjual shopee dengan produk.

Oleh kerana itu, bagi remaja terutama pelajar yang berminat dengan bidang perniagaan dan mahu menambah pendapatan, mereka perlu banyak melakukan perniagaan online dan dropship di media-media sosial dan juga di platform shopee. Hal ini kerana, meraka tidak perlu untuk memegang stok atau produk dan hanya perlu mengepost di media-media sosial.

Oleh hal yang demikian, sudah jelas bahawa berniaga di shopee tanpa produk sememang lebih mudah.

Jimat Masa dan Tenaga

Selain daripada menjual di shopee tanpa produk yang dikatakan lebih mudah, ianya juga boleh dikatakan menjimatkan masa dan tenaga. Hal ini demikian kerana, perniagaan jualan di shopee tanpa produk hanya boleh dilakukan di rumah atau di mana sahaja anda berada. Ini adalah salah satu kelebihan bagi anda yang berhasrat menjual di shopee tanpa produk.

Selain itu, apabila anda berniaga di shopee tanpa produk, anda dapat menjimatkan tenaga anda tanpa perlu terkejar-kejar untuk mendapatkan stok, mengasingkan barang-barang pelanggan sebelum di pos dan sebagainya. Bukan itu sahaja, dengan kelebihan yang ada iaitu jimat masa dan tenaga dapat membantu meringankan beban atau kepenatan yang di alami oleh mereka yang berkerja dan dalam masa yang sama membuat perniagaan di shopee.

Mereka juga boleh mengatur waktu untuk mereka melakukan pekerjaan dan juga waktu untuk mereka membuka kedai shopee mereka. Hal ini demikian dapat mengelakkan daripada berlaku kekeliruan dalam pengurusan pembelian daripada pelanggan. Oleh hal yang demikian, ini merupakan antara kelebihan bagi mereka yang membuat bisnes di shopee tanpa produk.

Menjimatkan Kos

Seterusnya, kelebihan berniaga online selain daripada menjimatkan masa dan tenaga ialah menjimatkan kos. Pasti ada di antara anda yang tertanya-tanya kos dari segi apa? Sudah pasti setiap pembelian yang di buat akan memerlukan kos penghantaran dan sebagainya. Namun berniaga di shopee tanpa produk sangat menjimatkan kos.

Hal ini demikian kerana, setiap order yang masuk di kedai shopee anda akan di inform kepada pembekal dan mereka juga yang akan menguruskan segala kos penghataran produk kepada pembeli. Selain itu, anda juga dapat menjimatkan kos pembelian barang atau produk.

Hal ini dikatakan demikian kerana, anda berniaga tanpa produk dan anda tidak perlu mengeluarkan kos modal untuk membeli barang atau produk untuk dijual kepada pembeli. Memandangkan anda hanya seorang dropship atau peniaga tanpa produk sudah pasti kos modal dapat dikurangkan.

Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan untuk mencari pembekal, pemborong dan sebagainya. Hal ini kerana, anda hanya perlu mencari pembekal atau pemborong produk-produk yang anda ingin jual di shopee sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa berniaga di shopee tanpa produk juga mampu menjimatkan kos.

Kesimpulannya

Berniaga di shopee tanpa produk juga boleh mengguntungkan peniaga atau penjual. Namun begitu, para peniaga atau penjual haruslah berusaha dengan gigih dan sentiasa memastikan bahawa kedai shopee anda sentiasa mempunyai pelanggan atau pembeli agar perniagaan anda sentiasa maju.

Walaupun ramai di antara peniaga atau penjual yang lebih suka memegang stok atau produk kerana lebih mudah berurusan dengan pembeli atau pelanggan namun jika dilihat dari sudut yang lain, menjual di shopee tanpa produk ini juga mempunyai kelebihannya tersendiri.

Bukan itu sahaja, baik anda menjual di shopee dengan produk atau menjual di shopee tanpa produk sepertinya sama sahaja, yang paling penting anda harus gigih berusaha untuk menarik minat pelanggan atau pembeli untuk datang ke kedai shopee anda dan membeli produk dari kedai shopee tersebut.

Oleh itu, bagi anda yang berniat ingin menjual di shopee, anda boleh membuat pilihan sama ada anda ingin berniaga di shopee dengan memegang produk atau berniaga di shopee tanpa produk kerana ianya berbalik kepada anda bagaimana anda akan menguruskan kedai shopee tersebut dan seberapa banyak modal yang anda akan gunakan.

Namun, bagi mereka yang hanya memiliki modal yang sedikit, anda sangat di galakkan untuk berniaga di shopee tanpa produk kerana dengan berbekalkan produk yang sedikit, anda boleh melakukan penjimatan dan secara tidak langsung anda dapat mengumpulkan lebih banyak modal pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, segala pilihan terletak di tangan anda untuk memilihnya. Jika anda memilih untuk berniaga di shopee, maka senarai di atas seperti mudah, jimat masa dan tenaga serta menjimatkan kos merupakan antara kelebihan berniaga di shopee tanpa menggunakan produk.

Panduan menjadi seller di Shopee

Bagi korang yang serius menjual di Shopee, memang elok sangat kalau korang dapat baca panduan bagaimana menjana 4 angka seminggu sebagai seller di Shopee di bawah.

rahsia bisnes menjual di shopee

Penutup

Sudah mendaftar akaun shopee? Dah ada kedai di shopee? Tapi, masih tak tahu nak jual apa di shopee? Ini ada dikongsikan sedikit cadangan..

Barang mana yg mendapat permintaan yg tinggi daripada para pembeli? Di sini membincangkan serba sedikit barang paling laku di shopee 2023..

Post kali ini kita akan membincangkan 10 tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa di Shopee. Moga berguna utk penjual baru di Shopee..

Kesukaran awal seseorang penjual di Shopee ialah untuk membuat keputusan nak pilih barang yang cepat laku dijual online. Salah pilih, memang habis la..

Di shopee, harga murah dan ramai pengunjung. Ini menarik minat ramai utk merasai keterujaan menjual dan mencuba pengalaman berniaga di shopee.

Leave a Comment

error: Content is protected !!