Barang Yang Cepat Laku Dijual Online 2024

Bagi memulakan perniagaan online, satu permulaan yang agak sukar. Namun, ia bukan penghalang untuk seseorang berjaya. Kesukaran awal seseorang penjual ialah untuk membuat keputusan nak pilih barang yang cepat laku dijual online. Malah ia merugikan masa, wang ringgit dan tenaga jika tersalah memilih barang untuk dijual secara online.

Barang Yang Cepat Laku Dijual Online

Kategori makanan

Antara barang yang cepat laku dijual online 2024 ialah makanan. Makanan amat sinonim dengan masyarakat. Zaman 20 ke 30 tahun sebelum ini, makan mengikut keperluan. Tetapi era 2024 makan mengikut musim viral. Apa sahaja makanan yang viral, pasti akan mendapat sambutan yang hebat!

Makanan yang beku, kering juga barang yang cepat laku dijual online. Makanan beku dan makanan kering memang boleh dijual online. Tarikh luput untuk makanan tersebut adalah lama. Jadi ia amat sesuai untuk dijual.

Antara makanan beku dan kering yang boleh korang jual di dalam talian seperti ayam, daging, sotong beku dan kambing perap. Kuih-muih beku. Makanan kering seperti kacang, mee segera, biskut dan coklat. Selain itu, air botol seperti air susu, air mineral, air berkarbonat juga boleh dijual online.

Kategori pakaian/fabrik

Seterusnya, barang yang cepat laku dijual online di Malaysia ialah dalam kategori pakaian. Fabrik atau pakaian ini mendapat sambutan hangat. Ada yang mengikut musim. Untuk pakaian yang tidak mengikut musim, seperti baju budak, tudung, topi dan kasut. Kelebihan kategori pakaian yang paling utama ialah ianya tiada tarikh luput. Kelebihan yang lain ialah ia boleh dijual secara siaran langsung (Live) Shopee.

Jualan secara siaran langsung atau Live lebih mendapat sambutan jika menjual pakaian. Ini kerana pembeli seronok memilih saiz pilihan secara terus. Main ‘lock lock’.

Baju tidur juga mendapat sambutan tidak bermusim. Selain itu, baju romper bayi juga laku dijual online. Pakaian yang bermusim seperti baju raya dan kain ela tidak kurang potensinya.

Antara kasut lelaki dan wanita, mana lebih laku dijual?

Sebenarnya dari pengalaman aku, jujurnya kasut wanita. Jadi, kasut wanita barang yang cepat laku dijual online. Kasut kanak-kanak pula tidak bermusim. Ia sesuai dijual setiap masa. Setiap masa mendapat permintaan daripada ibubapa. Comel sangat kasut budak. Kecil je..

Pelbagai jenis beg

Beg juga tersenarai sebagai barang yang cepat laku dijual online. Beg tangan dan beg silang untuk wanita terutamanya antara barang yang cepat laku dijual online di Malaysia. Untuk lelaki, beg silang dan dompet yang lebih laku. Cuma, lelaki tidak kerap membeli. Hehe..

Kaum wanita lebih kerap membeli. Jadi, ia lebih laku dari barangan lelaki. Faham-fahamlah lelaki tunggu sampai barang rosak baru nak membeli. Heheh

Pelbagai Jenis Mainan

Seterusnya ialah mainan yang pelbagai. Semua jenis mainan termasuk anak patung juga barang yang cepat laku dijual online. Malah lebih mendapat sambutan jika ditawarkan dengan belian set.

Mainan kanak-kanak lebih kepada set kecil dan besar. Jadi, harga untuk mainan kanak-kanak adalah berpatutan. Oleh itu mainan mendapat sambutan yang separuh tinggi bagi yang berkemampuan.

Ada juga pembeli yang membeli untuk memberi hadiah kepada anak buah. Meskipun tiada anak, tiada alasan mainan budak ditolak. Ada juga pengumpul barang mainan. Jadi, menjual barang mainan adalah yang laku dalam talian. Mainan juga tiada tarikh luput. Jadi, kurang risiko kerugian.

Aksesori ala korea

Salah satu barang yang cepat laku dijual online ialah aksesori ala korea. Semestinya ini mendapat sambutan yang hebat. Korang tahu tak, 85% peratus di Malaysia ialah peminat korea. Jadi, aksesori ala korea ini bukan sahaja diminati oleh muda-mudi. Malah ia juga diminati oleh orang dewasa.

Peralatan elektrik

Ini antara pilihan pembeli dari golongan mak-mak dan keluarga. Ada juga memilih untuk membeli sebagai hadiah. Tiada keraguan lagi mengenai kelarisan peralatan elektrik. Semua sudah mengetahui. Barangan elektrik seperti periuk nasi, seterika, cerek air dan charger. Ini antara yg sesuai untuk jualan online.

Tidak seperti kipas, tv atau mesin basuh. Itu kurang sesuai dijual atas talian. Memandangkan saiznya yg agak besar dan sukar dihantar kepada pembeli.

Peralatan dapur

Barangan ini juga tertumpu kepada golongan wanita dan mak-mak. Juga terdapat pembeli yang inginkan menghadiahkan kepada seseorang. Barangan dapur ini menjadi koleksi kepada peminat-peminat yang tersendiri. Ia juga tiada tarikh luput.

Sambutan jualan barangan dapur amat menggalakkan. Jualan bulanan penjual barangan dapur melebihi jumlah 10 ribu unit sebulan. Sungguh mengembirakan penjual. Korang boleh cuba. InsayAllah.

Barangan dapur yang aku maksudkan ialah seperti pisau, piring, mangkuk. Selain itu, kuali non-stick atau senduk silikon dan senduk kayu. Periuk nasi dan periuk air termasuk kategori alatan elektrik.

Alat solek

Ini satu lagi kategori barang yang cepat laku dijual online. Mendapat sambutan hebat daripada 98% wanita. Antara sebab laku ialah belum habis lagi satu barang, pembeli telah membeli lagi dan lagi. Ia bukan pembelian bulanan tetapi hampir setiap minggu.

Barang alat solek menjadi rebutan penjual. Ini adalah tergolong dari jualan yang laku dijual online. Lagi satu, tarikh luput barangan solek adalah 5 tahun selepas dibuka.

Minyak wangi

Minyak wangi wanita dan lelaki. Kedua-dua barangan boleh dijual dalam talian. Dan kedua- dua juga mendapat sambutan jualan yang menggalakkan. Ia sesuai untuk dijadikan hantaran dan
hadiah. Lebih cepat laku apabila minyak wangi sah dibawa solat. Apa lagi jika haruman minyak wangi itu tahan lebih lama.

Sebagai pembeli, mereka inginkan sesuatu yang memuaskan dan berbaloi dengan wang. Tanpa melihat harga yang dijual.

Untuk mengambil hati atau memastikan pembeli akan ulang beli dengan korang. Korang boleh menyediakan beberapa cubaan untuk minyak wangi. Atau boleh membuat peraduan setiap bulan. Pembelian terbanyak boleh mendapat hadiah.

Minyak wangi juga pelbagai jenis saiz. Jadi korang boleh memilih saiz yang sesuai untuk jualan dalam talian. Tidak terlalu besar. Kecil dan sederhana adalah bersesuaian.

Set mandian dan berpantang

Sama ada bermusim atau tidak, ini kurang dipastikan. Tetapi, kategori ini mendapat perhatian dan antara pembelian yang tertinggi di dalam talian. Antara beberapa barang yang cepat laku dijual online ialah set berpantang. Zaman sekarang semua moden. Jualan set berpantang juga boleh dijual atas dalam talian. Ia memudahkan kedua belah pihak iaitu pembeli dan penjual.

Set berpantang pelbagai jenama sekarang mengelirukan pembeli. Tetapi ia tetap dibeli dan pemilihan jenama adalah atas selera masing-masing. Sebagai penjual, korang boleh mendapatkan stok barang dari setiap jenama. Jadi, peratus pembelian dari pembeli adalah tinggi.

Namun, ianya terpulang kepada penjual. Ada juga yang ingin menjual satu produk jenama sahaja. Terpulang kepada korang.

Sedikit sebanyak telah aku kaji. Ini antara 10 barang yang cepat laku dijual online untuk korang mudah membuat survey.

Antara 10 barang yang cepat laku dijual online mengikut jumlah jualan.

1) Pineng powerbank
2) Pendrive USB 3.0
3) Penyidai baju ASO TV 3 tier 4)fabric conditioner downy
5) round neck T-shirt black
6) photobook mini dan polaroid
7) bluetooth earphone
8) telekung vietnam arafah
9) whitening sunscreen spray protect uv
10) cheese powder

Selain di atas, barang cepat laku dijual online seperti barang keperluan rumah, produk ibu dan bayi. Kelengkapan kesihatan. Alat ganti telefon bimbit dan komputer riba. Pelbagai aksesori rumah dan bilik pejabat.

Selamat memilih barangan untuk jualan. Korang jangan risau, setiap yang dijual isyaAllah pasti ada jualan atau pembeli. Kerana semua orang ada kehendak masing-masing.

Panduan menjadi seller di Shopee

Bagi korang yang serius menjual di Shopee, elok sangat kalau korang dapat baca panduan bagaimana menjana 4 angka seminggu sebagai seller di Shopee di bawah.

rahsia bisnes menjual di shopee

Penutup

Sudah mendaftar akaun shopee? Dah ada kedai di shopee? Tapi, masih tak tahu nak jual apa di shopee? Ini ada dikongsikan sedikit cadangan..

Barang mana yg mendapat permintaan yg tinggi daripada para pembeli? Di sini membincangkan serba sedikit barang paling laku di shopee 2024..

Post kali ini kita akan membincangkan 10 tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa di Shopee. Moga berguna utk penjual baru di Shopee..

2 thoughts on “Barang Yang Cepat Laku Dijual Online 2024”

Leave a Comment

error: Content is protected !!