Baik di Malaysia mahupun di luar negara, shopee adalah salah satu platform jual beli yang semakin popular dan menjadi perhatian. Hal ini demikian kerana, kemudahan, harga dan pengurusan pembelian sangat mudah dan lancar. Manakala harga yang ditawarkan pada barang-barang di shopee murah dan berpatutan untuk di beli. Ini menarik minat ramai untuk merasai keterujaan menjual dan mencuba pengalaman berniaga di shopee.
Isi Kandungan
Hal ini demikian secara tidak langsung menarik minat banyak peniaga ingin meniaga di shopee dan membuka kedai di shopee untuk berniaga secara online. Tambahan pula, ada di antara peniaga yang mempunyai keinginan berniaga di shopee bukan sahaja hanya kerana ianya menguntungkan. Tetapi ianya juga kerana mereka ingin mendapat pengalaman berniaga di shopee seperti peniaga-peniaga shopee yang lain.
Selain daripada peniaga-peniaga secara langsung, remaja mahupun golongan muda yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan juga ingin merasai pengalaman berniaga di shopee. Bukan itu sahaja, perniagaan di shopee ini juga sudah menjadi trend terkini di mana ramai orang berlumba-lumba untuk membuka kedai shopee kerana ianya dapat menambahkan keuntungan.
Namun begitu, bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan terutama perniagaan di shopee, anda perlulah belajar sedikit dari orang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan terutama perniagaan di shopee. Hal ini demikian bagi mengelakkan anda sesat dalam menjalankan perniagaan yang tidak pernah anda cuba sebelum ini.
Oleh itu, di sini akan dibincangkan serba sedikit tentang pengalaman berniaga di shopee.
Shopee Lebih Senang Terjual
Untuk makluman anda, pengalaman berniaga di shopee adalah anda akan dapat merasakan bahawa berniaga di shopee lebih senang terjual berbanding di media-media sosial yang lain. Hal ini di katakan sedemikian kerana, jika anda lihat apabila anda berniaga di shopee, para pelanggan atau pembeli tidak perlu untuk melakukan personal messenger kepada anda untuk bertanyakan tentang barang atau produk yang ingin mereka beli.
Apa yang para pelanggan atau pembeli akan lakukan adalah mereka akan mencari produk yang mereka beli yang berpatutan dengan harga, kemudian klik online ke store anda, tengok rating dan akhirnya bayar. Hal ini demikian kerana, jika anda lihat di media-media sosial yang lain seperti Instagram, facebook dan sebagainya, pelanggan atau pembeli harus melakukan personal messenger kepada peniaga untuk bertanyakan kepada mereka tentang barang atau produk yang dijual.
Oleh itu, dari sudut pandangan itu, anda dapat lihat bahawa shopee ini lebih mudah daripada facebook, Instagram dan twitter. Sebagai contoh, jika anda menjual produk makanan di shopee, kemudian pelanggan yang ingin membeli produk tersebut akan klik di kedai shopee anda kemudian melihat rating dan komen pelanggan-pelanggan sebelum ini dan kemudian mereka akan membuat pilihan sama ada ingin membeli ataupun tidak.
Pelanggan tidak akan melakukan direct messanger atau personal messanger seperti Instagram dan facebook malah mereka hanya akan melihat dari rating dan komen yang terdapat di kedai shopee anda. Hal ini sangat memudahkan anda kerana anda tidak perlu untuk melayan satu-satu mesej daripada pelanggan.
Oleh itu jelaslah bahwa pengalaman berniaga di shopee adalah anda akan merasakan bahawa shopee lebih mudah berbanding Instagram dan facebook.
Modal
Jika di katakan modal, pasti orang tertanya-tanya modal apa dan untuk apa. Hal ini kerana kita berniaga di shopee adakah memerlukan modal. Bagi mereka yang ingin membuka kedai shopee dan ingin memegang produk, mereka boleh mengeluarkan sedikit modal untuk memperlihatkan bahawa kedai anda mempunyai produk untuk dijual.
Walaupun produk yang di letakkan di kedai shopee anda tidak banyak seperti peniaga lain, namun ianya sudah mencukupi untuk membantu anda menambahkan lagi modal keuntungan daripada hasil jualan produk tersebut.
Namun begitu bagi anda yang ingin menjadi penjual yang tip top yang sering mendapat pelanggan, anda kenalah rajin memuat naik produk-produk anda agar pembeli makin tertarik untuk membeli. Tambahan pula, dengan membuat iklan untuk mempromosi produk anda di shopee lebih mudah berbanding anda membuat iklan untuk mempromosi barang atau produk di Instagram atau facebook kerana anda tidak perlu bersusah payah membuat ayat yang panjang untuk mempromosikannya.
Hal ini demikian kerana jika di shopee para pembeli atau pelanggan akan pergi ke website atau aplikasi shopee dan kemudian beli. Secara tidak langsung, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari ayat yang sesuai untuk di post dan juga pelanggan atau peniaga tidak perlu bersusah payah untuk menfollow akaun media sosial anda.
Oleh itu jelaslah bahawa, modal merupakan salah satu pengalaman berniaga di shopee. Walaupun hanya sekecil modal yang dikeluarkan namun ianya berbaloi dengan usaha dan kegigihan anda memajukan perniagaan kedai shopee anda.
Rancangan Pengubahsuaian Kedai Shopee
Seterusnya, pengalaman berniaga di shopee adalah bagaimana anda membuat perancangan pengubahsuaian kedai shopee anda. Apa yang di maksudkan dengan rancangan pengubahsuaian kedai shopee adalah bagaimana anda Menyusun atur kedai shopee anda agar pelanggan atau pembeli yang melihat akan tertarik untuk membelinya.
Terdapat pelbagai kaedah dan skill yang berkesan yang boleh digunakan untuk menjadi salah seorang top seller di shopee. Untuk makluman anda, apa yang boleh anda lakukan adalah anda harus mengetahui bagaimana untuk mengatur kedai online anda agar dapat menarik terus pelanggan untuk membelinya.
Sebagai contoh, pada kedai shopee tersebut, kita harus tahu dan pandai menilai gambar yang mana sesuai untuk di-upload dan mampu membuatkan pembeli atau pelanggan ingin terus membeli.
Selain itu, walaupun di shopee tidak memerlukan anda untuk menulis caption atau deskripsi yang terlalu berlebihan, namun anda perlu menitikberatkan setiap deskripsi yang anda tulis agar pelanggan atau pembeli yang membaca deskripsi tersebut berasa yakin dan percaya bahawa produk yang dijual adalah terbaik dan berkualiti.
Ini merupakan salah satu pengalaman berniaga di shopee yang boleh di gunakan bagi mereka yang baru berjinak di dalam dunia perniagaan di shopee kerana proses-proses seperti ini sangat membantu anda untuk mendapatkan kepercayaan daripada pembeli atau pelanggan untuk membeli produk yang di jual.
Memilih Pembekal
Memilih pembekal juga boleh dikatakan sebagai salah satu pengalaman berniaga di shopee. Hal ini demikian kerana, bagi mereka yang melakukan perniagaan di shopee sebagai dropship, mereka perlu mencari pembekal yang boleh menghantar atau mengepos barang atau produk yang di pesan oleh pelanggan mengikut waktu yang ditetapkan.
Ini kerana, bagi mereka yang menjadi dropship shopee dan tidak memegang stok atau produk mereka perlu berurusan dengan pembekal setelah mereka mendapat order daripada pelanggan. Sekiranya, pembekal yang mereka pilih tidak memberikan kerjasama dengan baik dan lewat dalam sistem penghantaran produk pelanggan, ini secara tidak langsung dapat menjejaskan rating kedai shopee milik anda sendiri.
Oleh kerana itu, ianya penting dalam memilih pembekal yang dapat berurusan dengan anda sebaik mungkin. Oleh itu, seperti yang anda lihat sudah jelas bahawa, memilih pembekal juga merupakan salah satu pengalaman berniaga di shopee yg patut ada.
Kesimpulannya
Terdapat banyak lagi pengalaman menjual di shopee yang anda boleh ketahui, namun cukup hanya ini sahaja yang sempat saya kongsikan. Namun begitu, untuk menjadi seorang peniaga yang mampu mengharungi cabaran dunia perniagaan, anda sendiri boleh merasainya apabila anda sudah berada di dalam dunia perniagaan.
Melalui pembacaan pengalaman menjual di shopee yang anda perolehi ini, secara tidak langsung akan membuatkan anda lebih bersemangat dan yakin untuk memajukan lagi perniagaan di shopee ini.
Panduan menjadi seller di Shopee
Bagi korang yang serius menjual di Shopee, memang elok sangat kalau korang dapat baca panduan bagaimana menjana 4 angka seminggu sebagai seller di Shopee di bawah.
Penutup
Sudah mendaftar akaun shopee? Dah ada kedai di shopee? Tapi, masih tak tahu nak jual apa di shopee? Ini ada dikongsikan sedikit cadangan..
Barang mana yg mendapat permintaan yg tinggi daripada para pembeli? Di sini membincangkan serba sedikit barang paling laku di shopee 2022..
Post kali ini kita akan membincangkan 10 tips letak nama produk supaya pembeli mudah jumpa di Shopee. Moga berguna utk penjual baru di Shopee..
Kesukaran awal seseorang penjual di Shopee ialah untuk membuat keputusan nak pilih barang yang cepat laku dijual online. Salah pilih, memang habis la..